NasionalNegeri

Tahun Baru Cina: KPJ Perlis Specialist beri sumbangan kepada 20 keluarga susah

SATU-satunya hospital swasta di Perlis, KPJ Perlis Specialist tidak pernah mengabaikan golongan kurang berkemampuan khususnya menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

Sebagai melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)nya, pihak KPJ Perlis telah memilih 20 keluarga masyarakat Tionghua yang tidak berkemampuan di sekitar Kangar untuk diberikan sumbangan supaya dapat menyambut Tahun Arnab ini dengan penuh kegembiraan.

Masing-masing menerima sekampit beras dan juga sebuah bakul makanan.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling pada majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran KPJ Perlis Specialist di Kangar hari ini.

Hadir sama Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Perlis Specialist, Dr Hari Ram Ramayya dan Ketua Pegawai Kejururawatannya, Zakiah Hasan.

Sempena dengan majlis ini juga diadakan pertandingan warna bertemakan Tahun Arnab.

Sebanyak 20 murid Tadika Global Art Kangar telah menyertainya.

Turut diadakan juga persembahan Tarian Singa.- SM

(Visited 247 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button