Politik

Dianggap berpolitik ketika bencana, FB Jazlan jadi sasaran

FACEBOOK rasmi Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menjadi sasaran warganet selepas beliau mengumumkan menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) hari ini.

Warganet menganggap tindakan Ahli Parlimen UMNO itu berpolitik tidak kena pada masanya kerana kes Covid-19 yang teruk ketika ini tambahan bencana banjir yang dihadapi rakyat di beberapa negeri.

Hantaran terbaharu Ahmad Jazlan di Facebooknya yang mengumumnan penarikan sokongan terhadap Kerajaan Perikatan Nasional dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri mendapat pelbagai komen.

“Buat rakyat menyampah! Orang tengah susah time Covid dan banjir ni, kau orang pulak tak sudah-sudah kemaruk kuasa. Gila! Lagi bagus kiranya YB fokus untuk bantu rakyat Kelantan yang sekarang ditimpa kesusahan banjir,” kata Muizz Daud.

“Saya nak minta satu sahaja dari ahli-ahli politik yang kononnya bijaksana semuanya! Tolong tolong rakyat anda! Rakyat tengah susah dengan Covid belum selesai. Dengan banjir belum selesai? Tolonglah sekali saja jangan buat negara kita dalam keadaan kucar kacir lagi!” rayu Noor Iiyanie.

“Bila nafsu mengatasi akal. Inilah tindakan bodoh yang dilakukan. Kenapa tak boleh tunggu sehingga PRU-15. Main politik tak habis-habis. Rakyat kat bawah sedang bergelut dengan Covid. Jangan syok sendiri kami rakyat sedang memerhati,” amaran Ahmad Jka.

“Tahniah kerana telah membuktikan anda tidak memikirkan masalah rakyat ketika waktu susah dan sukar menghadapi Covid-19 dan banjir. Tidakkah anda sedar secara tidak langsung menggalakkan kepada PRU ketika waktu sukar. Tahniah sekali lagi. Kenapalah tak sabar-sabar sangat pelik,” tanya Fadhly Roslei.

“Hak YB tarik sokongan terhadap kerajaan tapi kenapa skg? Apa maanfaat untuk rakyat? Bagi saya ini satu sikap yang tidak bertanggungjawab, dalam keadaan kita masi bergelut dengan wabak Covid-19 sibuk berpolitik, jangan memangsakan rakyat. Rakyat di bawah tengah struggle untuk meneruskan kehidupan disebabkan terkesan dengan virus Covid-19,” kata Chrisq Toper.

Ahmad Jazlan hari ini berkata, keputusan beliau menarik sokongan terhadap kerajaan kepemimpinan Muhyiddin tersebut dibuat tanpa desakan daripada mana-mana pihak.

Menurutnya, tindakan berkenaan dilakukan atas dasar memperjuangkan prinsip parti serta maruah Barisan Nasional (BN) dan bukannya kepentingan peribadi.

“Saya sedar dan sekali lagi saya sebut apa yang saya buat ini tidak akan sekalipun menggugat kedudukan kerajaan dan tidak akan meruntuhkan kerajaan.

“Apatah lagi tidak akan ada Pilihan Raya Umum kerana 110 berbanding dengan 108 sudah tentulah masih ada majoriti,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pejabat Perhubungan UMNO Kelantan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi UMNO Kelantan menegaskan bahawa keputusan bermaruah yang dilakukan itu tidak sesekali akan ditarik balik meskipun terdapat pelbagai tohmahan dibuat terhadapnya.-SM

(Visited 506 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button