Nasional

Perdana Menteri terima suntikan pertama vaksin Covid-19

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi rakyat Malaysia pertama disuntik dengan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech, sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)

Beliau menerima suntikan itu di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Putrajaya di Presint 11, selepas menyempurnakan PICK yang fasa pertamanya bermula hari ini hingga April.

Turut menerima vaksin sama hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah diikuti anggota barisan lain iaitu kumpulan juru suntik yang akan terbabit dalam program imunisasi selepas ini.

(Visited 128 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button