Politik

PKR terbina kerana ‘pengkhianat’ ini – Azmin

KUALA LUMPUR – Perang psikologi antara Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalanya Datuk Seri Azmin Ali semakin memuncak.

Azmin di media sosial miliknya telah berkongsi hantaran sekeping gambar sidang akhbar beliau bersama kepimpinan yang menyokongnya dengan kapsyen ‘Kerana pengkhianat inilah parti ini terbina selama 20 tahun’.

Semalam Azmin dan kumpulan yang menyokongnya dikatakan berasa tersindir dengan ucapan dasar yang disampaikan Anwar.

Dalam ucapannya, Anwar memetik kisah bagaimana Si Kitol dan Raja Mendeliar berkomplot menuduh bendahara Melaka Tun Ali sebagai pengkhianat, menyebabkan beliau dibunuh.

Sejurus ucapan dasar itu, Azmin dan kumpulan yang menyokongnya telah mengadakan sidang akhbar yang mengecam ucapan Anwar.

Antara yang hadir termasuk Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin, Tian Chua dan Ali Biju, Ketua Wanita Haniza Talha dan timbalannya, Daroyah Alwi, dan Timbalan Ketua Pemuda, Hilman Idham.

Azmin berkata, ucapan Anwar yang memetik kisah Si Kitol dan Raja Mendeliar telah membuka laluan kepada para pembahas yang lain untuk melakukan serangan peribadi terhadap beliau.

Bagaimanapun, Anwar telah menjelaskan, beliau hanya menyebut mengenai fakta sejarah.

“Jika mereka tersinggung ia masalah mereka. Itu adalah fakta sejarah dari Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin), “kata Presiden PKR itu semalam.

Sementara itu, hantaran yang dibuat Azmin di Facebook beliau mengundang pelbagai komen daripada pengikut beliau.

“Berjuang 20 tahun, patutnya lebih kuat sokongan pada ketua sendiri. Bukannya tikam belakang ketua. Kalau tak kerana asbab dia, takkan merasa la pegang jawatan. Jangan jadi selfish bila berada di atas. Cuba ingat balik apa tujuan perjuangan dulu. Jangan kerana dah selesa sekarang lupa habis apa yg ditempuh sebelum ini,” tulis Izzah Riz.

“Refornasi 20 tahun berakhir di tangan sesetengah orang yang tamak kuasa, prinsip keadilan dijatuhkan oleh dia, sia sia usaha 20 tahun, bangku PM saya pun tak mahu kasi dia duduk, kasi dia terus lepak kat koridor Parlimen,” komen 陈茶 .

“Bubarkan je la PKR! Tak le nak jaga keharmonian dalam parti sendiri. Macam mana nak jadi pemimpin negara!” tulis Boon Wah.

“Berjuang 30 tahun pun tiada jaminan untuk  tidak jadi pengkhianat. Puak kau la yang menghancurkan perjuangan 20 tahun PKR. Keluar parti la jeming. Tubuh parti AA pula. Kita tengok berapa kerusi boleh menang,” komen Farihan Mustofa.

“Tuhan uji manusia dengan pangkat dan darjat maka dia akan lupa sahabat dalam kesudahan kerana kuasa. Perlu ingat jatuhnya kerajaan kerana pemimpin yang rakus dan perpecahan dalam kekuasaan. Selamat tinggal PH PRU15,” tulis Ahmad Nzmi.-SM

(Visited 205 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button