HiburanNegeriRencah Hidup

Raja Muda lancar Program Bual Bicara Dalam Talian “Podcast Salasilah Perlis”

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan Program Bual Bicara Dalam Talian “Podcast Salasilah Perlis” anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Pertubuhan Suara Sunnah, Arau.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan dana Tabung Baraatuz Zimmah (T-Baz) MAIPs berjumlah RM50,200 kepada Pengerusi Pertubuhan Suara Sunnah, Pengerusi Pertubuhan berkenaan, Syed Abu Bakar Syed Kamal Bahrin Jamalullail.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengerusi Pertubuhan berkenaan, Syed Abu Bakar Syed Kamal Bahrin Jamalullail.

Turut mengiringi Baginda ialah Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan dana Tabung Baraatuz Zimmah (T-Baz) MAIPs berjumlah RM50,200.

Raja Muda kemudiannya turut berkenan berangkat menyaksikan rakaman khas Podcast Salasilah Perlis yang menampilkan Panel Khas, Dr. Hazman Hassan, Timbalan Yang DiPertua MAIPs dan hos, Syed Mohd Hilmi Syed Nazree di studio Pertubuhan Suara Sunnah.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menandatangani buku pelawat semasa berkenan berangkat melancarkan Program Bual Bicara Dalam Talian “Podcast Salasilah Perlis”.

Podcast Salasilah Perlis adalah merupakan salah satu inisiatif di bawah Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis MAIPs yang bermatlamatkan untuk mempertingkatkan kesedaran masyarakat Perlis berkaitan sejarah dan kefahamannya dengan menggunakan pendekatan lebih segar melalui medium media sosial.

Pada kesempatan yang sama Baginda bertitah agar usaha untuk menyebarluaskan kefahaman terhadap sejarah dan jati diri bangsa hendaklah sentiasa diperkukuhkan demi menguatkan kecintaan terhadap negeri dan juga negara.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar dengan barisan Pertubuhan Suara Sunnah.

Titah Raja Muda, pendekatan segar melalui pelbagai medium sama ada cetak atau elektronik boleh dilaksanakan bagi menarik minat masyarakat terutamanya golongan muda bagi menghayati pengajaran daripada sejarah dan jatidiri bangsa. – SM

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button