Nasional

Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang menurun

JUMLAH mangsa banjir di Johor dan Pahang menurun sedikit kepada 5,800 orang di 45 pusat pemindahan (PPS) setakat pagi ini, berbanding 5,897 orang malam tadi.

Menurut laporan terbaru Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah mangsa banjir di Johor menurun kepada 5,020 orang berbanding 5,117 orang malam tadi.

Mangsa membabitkan 1,397 keluarga masih di 36 PPS di enam daerah di negeri ini dengan Kota Tinggi mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 4,135 orang di 24 PPS, diikuti Kluang (350 mangsa), Johor Baru (336 mangsa) dan Segamat ( 95 mangsa) di tiga PPS di setiap daerah, manakala di Batu Pahat, terdapat 87 mangsa di dua PPS dan di Pontian (17 mangsa) di satu PPS.

Di Pahang, seramai 780 mangsa masih mencari perlindungan di sembilan PPS di tiga daerah iaitu lima PPS dengan 191 mangsa di Rompin, tiga PPS di Pekan (564 mangsa) dan satu PPS di Maran (25 mangsa).

Manakala dua sungai di Johor masih mencatatkan paras berbahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi dan Sungai Endau di Kluang.

Di Pahang, Sungai Pahang di Pekan, Bera, dan Maran, serta Sungai Rompin masih mencatatkan tahap bahaya, dan juga Sungai Arau di Perlis dan Sungai Terengganu di Kuala Terengganu, Terengganu.

Laporan itu juga menyatakan 61 jalan masih ditutup akibat banjir, jambatan rosak atau runtuh serta tanah runtuh termasuk Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu, Jalan Petri Jaya di Kota Tinggi, Johor dan Jalan Pekan Sehari Kampung Awah di Maran, Pahang. -SM

Baca : UPSI perkasa kemahiran pelajar menerusi sukarelawan ICT Malaysia

(Visited 52 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button