Agama

Masjid Al-Mursyidin UPSI dapat pengiktirafan lima bintang

Masjid Al-Mursyidin, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendapat pengiktirafan Penilaian Cemerlang Lima bintang dari Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bagi Penarafan Masjid Bestari Negeri Perak tahun 2021.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff melahirkan kesyukuran atas penarafan yang diberikan kepada Masjid Al-Mursyidin yang diuruskan oleh kakitangan Pusat Islam.

Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff

Katanya, masjid berkeluasan lantai 5003.30 meter persegi itu diimarahkan sebaiknya oleh warga UPSI demi kekukuhan dan kerukunan masyarakat kampus selain berperanan sebagai pusat penyebaran Islam dan juga pusat pentadbiran awam.
Beliau berkata masjid bukan sahaja dilihat sebagai tempat beribadat dan membaca al- Quran, namun sebagai pusat kegiatan masyarakat dalam aspek pendidikan, kemasyarakatan, kebajikan serta tempat perhimpunan warga Islam kampus.

Sementara itu Pengarah Pusat Islam, Tarmizi Abdul Rahman berkata penilaian untuk memperolehi penarafan itu adalah berdasar Komponen Pengurusan, Komponen Pengimarahan, Komponen Kemudahan Prasarana serta Komponen Persekitaran yang dipenuhi.

Katanya komponen pengurusan antaranya dinilai dari aspek lantikan ahli jawatankuasa,kekerapan mesyuarat,minit mesyuarat dan fail berkaitan masjid, manakala komponen pengimarahan mengambil kira hal seperti kuliah maghrib dan sambutan kebesaran Islam.

Pengarah Pusat Islam, Ustaz Tarmizi Abdul Rahman

 

Beliau berkata masjid yang mula digunakan pada 2012 itu dirasmikan pada 20 Jun 2017 oleh DYMM Tuanku Sultan Perak, Tuanku Raja Nazrin terletak di Kampus Sultan Azlan Shah.

“Masjid ini menerima banyak sumbangan dari warga UPSI serta orang ramai dan tidak lama lagi akan menukar karpet untuk memberi keselesaan jemaah yang menunaikan solat,” katanya.

Selain itu kemudahan prasarana pula dilihat dari aspek laluan Orang Kurang Upaya (OKU), kebersihan tandas lelaki dan wanita, dewan solat dan pelbagai kemudahan yang memberi keselesaan kepada ahli Jemaah dan orang ramai.

(Visited 1,009 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button