Parlimen

Dewan Rakyat terbakar?

SESI Dewan Rakyat baru sebentar tadi terpaksa dihentikan kerana amaran ‘KEBAKARAN’ disebut dua tiga kali oleh bentara dewan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun.

Ketika amaran ‘Kebakaran’ disebut secara jelas oleh bentara Dewan Rakyat, ahli-ahli dewan tenang dan meninggalkan dewan pada kira-kira pukul 10.10 minit pagi.

Terdahulu, beberapa minit sebelum amaran ‘KEBAKARAN’ disebut, Datuk Seri Mahadzir Khalid meminta soalan satu dijawab oleh Timbalan Menteri Sains Teknologi Alam Sekitar Ahmad Amzad Hashim.

Ketika Ahmad Amzad  sedang memberi jawapan, amaran kebakaran kedengaran disebut dalam Dewan Rakyat.

Setakat ini, tiada kelihatan asap dari dalam dewan.

Kira-kira 15 minit kemudian Ahli Parlimen memasuki semua ke dalam Dewan Rakyat untuk menyambung semula perbahasan selepas mendapati amaran tersebut tidak benar.- SM

(Visited 129 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button