Hiburan

Syamsul nak saman Jawi namun ini pula respon Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana memberi sindiran terhadap suaminya Syamsul Yusuf berhubung kenyataan dari suaminya itu mahu menyaman terhadap pihak Jabatan Agama Islam Wilayah berjumlah RM10 juta.

“Saya saman pihak jawi RM10 juta kerana telah menyebarkan kenyataan tidak benar, fitnah & palsu pada keluarga saya bahawa saya telah berkahwin lagi iaitu fitnah. Terima Kasih,” jelasnya di Instgram Syamsul Yusuf film.

Menerusi hantaran itu, Puteri mempersoalkan tentang status suaminya yang seolah-olah sudah berkahwin bersama Ira Kaza.

 

“Jadi, betulah gosip itu? Lebih baik mengaku sajalah. Sudah tiba masanya untuk awak mengakui semuanya.

 

“Tiber nak saman?. For What? Benda baik itu lebih baik umumkan sebelum menimbulkan fitnah dan prasangka buruk daripada keluarga sendiri,” katanya melalui Ig Story miliknya.

 

Sehingga ke hari ini rumah tangga mereka masih belum menemui kesudahan, semoga baik-baik untuk mereka.

 

(Visited 750 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button