Politik

PN menang besar di Padang Serai, BN menang tipis di Tioman

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dilangsungkan siang tadi.

Calon PN, Datuk Azman Nasrudin menang dengan majoriti 16,260 undi mengalahkan saingan terdekat, Dr Mohamad Sofee Razak daripada PH.

Pertembungan enam penjuru di kerusi berkenaan turut membabitkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk C Sivaraajh, calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Hamzah Abd Rahman; calon Parti Warisan (WARISAN), Mohd Bakhri Hashim dan calon Bebas, iaitu Sreanandha Rao.

Azman memperoleh 51,677 undi, manakala Mohamad Sofee mendapat 35,377 undi dan Sivaraj yang memberi laluan kepada calon PH berjaya meraih 2,983 undi.

Tiga lagi calon, Hamzah memperoleh 424 undi, Mohd Bakhri pula mendapat 149 undi, manakala Sreanandha dengan 846 undi.

PRU15 di Padang Serai yang sepatutnya berlangsung pada 19 November lalu ditangguhkan susulan kematian calon disahkan bertanding, iaitu M Karupaiya, 69, daripada PH, dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan.

Sementara itu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain menang dengan majoriti 573 undi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman.

Beliau memperolehi 8,080 undi bersamaan 48.95 peratus daripada keseluruhan undi dalam persaingan lima penjuru itu.
Sementara itu, Nor Idayu Hashim dari Perikatan Nasional (PN) memperolehi 7,507 undi atau 45.47 peratus.
(Visited 549 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button