Politik

Dewan Rakyat 18 Mei hanya titah Agong, tiada sidang

Dewan Rakyat yang dijadual bersidang selama sehari pada 18 Mei ini menyaksikan hanya titah diraja istiadat pembukaan penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong pada 10 pagi hari itu.

Menurut Speaker Mohamad Ariff Md Yusof, kerajaan telah meminda urusan majlis mesyuarat Dewan Rakyat dengan menetapkan tiada sidang selepas titah diraja.

Mohamad Ariff  berkata, surat daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, memaklumkan keputusan itu dibuat berikutan penularan wabak Covid-19 “masih belum reda sepenuhnya”.

Pindaan itu selaras dengan Peraturan 11(2) dan 15(2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Menurut Ariff, setiausaha Dewan Rakyat akan mengeluarkan notis baru kepada semua ahli Dewan Rakyat.-SM

(Visited 229 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button