Nasional

Masuk politik satu keputusan yang sukar tapi amat perlu

PEPATAH Melayu berbunyi, meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri. Pernah suatu ketika, Menteri Kewangan, Datuk Tengku Zafrul Aziz mengatakan bahawa beliau tidak masuk politik.

Hari ini kenyataan itu berubah dan kata Tengku Zafrul Aziz, beliau masuk politik adalah satu keputusan yang sukar tetapi amat diperlukan untuk beliau terus berkhidmat kepada negara.

Dalam wawancara dengan Cable News Network (CNN), beliau berkata, selaku seorang Senator sekarang, tempoh perkhidmatannya terhad kepada enam tahun sahaja.

“Jika anda mahu terus berkhidmat untuk negara, anda perlulah menyertai politik secara aktif.

“Tumpuan saya sekarang ialah meneruskan pembaharuan fiskal dan untuk meneruskan dalam jangka masa panjang saya memutuskan untuk memasuki arena politik dan memainkan peranan dalam sebuah parti politik,” katanya.

Walaupun keputusan itu mungkin bukan sesuatu yang popular, Tengku Zafrul berkata, ia keputusan yang tepat dan penting rakyat memahami mengapa keputusan seperti itu perlu dibuat.

“Anda perlu melakukannya. Tiada pilihan untuk itu. Masalahnya, apabila membuat satu keputusan sukar anda tidak mempunyai masa dan cara terbaik ialah menyuarakannya secara elok.

“Kami memerlukan pengurusan pihak berkepentingan yang lebih mantap dan kami telah melakukannya serta kami membuat banyak keputusan sukar terutamanya semasa krisis, krisis Covid-19.

“Jadi, saya fikir komunikasi adalah kuncinya dan yang terbaik ialah menumpukan kepada pembaharuan negara,” katanya. – SM

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button