Alam SekitarNasionalRencah Hidup

Dengan Pendapatan Semakin ‘Menipis’, Lockdown Terlalu Lama Buat Bil Elektrik Terus Meningkat!

Ini adalah salah satu realiti yang agak pahit untuk ditelan bagi golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap (dibayar gaji) pada setiap bulan.

Lockdown adalah sesuatu yang bagus untuk memutuskan rantaian Covid-19 namun dalam masa sama, muncul isu-isu lain pula jika semua orang tidak keluar rumah.

Antaranya adalah peningkatan bil elektrik yang semakin tinggi berbeza dengan bulan-bulan sebelum ini dan kenaikannya itu sungguh luar biasa.

Salah satu sebabnya, bagi yang bekerja dari rumah, kekerapan menggunakan komputer atau laptop serta mengecas telefon adalah lebih dari biasa.

Jadi suka atau tidak, peningkatan bil elektrik ini seharusnya sudah dijangka dari awal namun memandangkan kebanyakan sektor ekonomi ditutup, perkara ini terus menjadi persoalan.

Bagaimana ketua isi rumah boleh mencari duit lebih untuk membayar bil elektrik yang mana walaupun nilainya bertambah kepada RM100 atau RM200, ia tetap jumlah yang besar pada zaman ini.

Diharap dengan pendedahan ini, satu khabar gembira dapat diberikan kepada rakyat memandangkan moratorium pun tiada sebarang khabar yang bagus!

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button