Politik

Dendam Warisan, Rakyat Jadi Mangsa

BERMULA di awal pagi menemani calon Barisan Nasional (BN), Sdr Sani Miasin berjumpa dengan para pengundi.

Ada banyak cerita rakyat apabila kita bertemu rakyat.

Sindumin mempunyai satu industri kertas, merupakan nadi ekonomi kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) ini. Terdapat 1,600 pekerja, Sabah Forest Industri (SFI). Kilang ini sudah beroperasi berpuluh tahun di bawah Kerajaan BN di Sabah.

Apabila diajukan pertanyaan kepada rakyat setempat, rupanya ramai yang mencari rezeki di kilang ini, dari muda sampailah pencen.

Hari ini, SFI menghadapi masalah besar bilamana kilang sudah tidak beroperasi selepas Warisan mengambil alih kerajaan Sabah.

Diceritakan kepada saya, anak syarikat Kerajaan Negeri Sabah ini telah menghadapi masalah apabila Kerajaan Warisan tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan terdahulu untuk dijual kepada sebuah syarikat. Akibat dari itu, SFI telah disaman dan proses mahkamah sedang berjalan.

Akibat dari itu, masa depan warga pekerja 1,600 ini tidak tahu untung nasib mereka kerana pada bulan Disember 2020, berakhirlah sudah tanggungan anak syarikat Kerajaan Warisan ini terhadap pekerja SFI.

Sindumin akan hilang punca ekonomi bilamana pekerja ini diberhentikan pada bulan Disember nanti.

Ekonomi domestik akan lumpuh, bayangkan purata pendapatan seorang RM2,500 dan inilah pusingan duit perbelanjaan dapur dan pusingan ekonomi domestik yang terbesar di Sindumin.

Anak-anak Sindumin akan kehilangan pekerjaan dan pengangguran akan meningkat, mereka terpaksa berhijrah untuk mencari rezeki.

Inilah terjadi apabila Warisan mentadbir Negeri Sabah dengan perasaan dendam.

Mereka tidak peduli nasib anak-anak Sindumin, apa yang mereka tahu adalah kroni mereka akan mendapat nikmat dari perniagaan Sabah Forest Industries, walaupun terpaksa semua pekerja diberhentikan.

Dendam yang menyiksa rakyat Sabah.

Pada part (siri) 2, saya akan bercerita soal masalah air yang terpaksa dicatu sebaik sahaja Warisan mengambil alih kerajaan, malah penjaja kaki lima dihalau dan tidak dibenarkan berniaga.

Itu belum masuk masalah janji YB Warisan yang mahu membuna jambatan di kampung-kampung, janji airport (lapangan terbang) di Long Pasaik dan pelbagai janji manis. – UMNO ONLINE

Artikel ini ditulis oleh Datuk Razlan Rafii, Ahli Majlis Tertinggi UMNO

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button