Politik

Denda RM10,000: Jangan ada double standard

RAKYAT pasti menyambut baik pelaksanaan kompaun sebanyak RM10,000 bagi mereka yang mengingkari perintah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika dilaksanakan dengan adil.

Ini termasuklah mengambil tindakan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat walaupun seorang melibatkan seorang anggota Kabinet.

Jika, tidak pelaksanaan kompaun berkenaan dilihat hanya bersifat retorik atau menakut-nakutkan rakyat biasa sahaja.

Justeru, ia perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan tiada siapa dikecualikan daripada dikenakan tindakan berkenaan.

Ini kerana, apabila kerajaan meningkatkan jumlah kompaun, menjadikannya antara tertinggi di dunia.

Malah, kerajaan juga perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) konsisten dan tidak selalu diubah-ubah secara tiba-tiba.

“SOP juga patut konsisten dan tidak boleh sering flip-flop sehingga pegawai penguatkuasa dan rakyat pening kepala.”

Kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengulas pelaksanaan kompaun baharu yang akan dikuatkuasakan mulai 11 Mac ini.

Sebelum ini, kerajaan melalui Kementerian Kesihatan memberikan kuasa kepada pihak polis dan agensi penguatkuasaan di bawahnya untuk mengenakan kompaun sebanyak RM1,000.

Walau bagaimanapun, Najib Razak memberitahu, kerajaan perlu mempertimbangkan hukuman kepada rakyat yang tidak berkemampuan.

Antara kaedah yang dicadangkan termasuklah memberi amaran dengan kompaun sebanyak RM1,000 bagi kesalahan pertama.

“Bagi kesalahan yang kurang serius melibatkan bilangan rakyat paling ramai yang mungkin berpunca daripada kesilapan tidak sengaja, hukumannya perlu kepada pengajaran dan perlu dinaikkan secara progresif – bukan untuk memufliskan rakyat.

“Sebagai contoh bagi kesalahan kurang serious, dendanya boleh dinaikkan secara progresif.

“Kesalahan pertama, RM1,000; kesalahan kedua, RM3,000; kesalahan ketiga, RM6,000; kesalahan keempat dan seterusnya RM10,000.

“Kaedah hukuman progresif ini diguna pakai oleh beberapa negara lain dan diterima rakyat di sana sebab tiada sesiapa akan bersimpati kepada pesalah degil yang berulang-kali melanggar SOP,” jelasnya.

Tambah Ahli Parlimen Pekan itu, wakil rakyat termasuk juga Menteri perlu berhati-hati dan mematuhi SOP jika tidak mahu kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat.

“Ini menjadi lagi parah bagi wakil rakyat sebab sebarang denda yang melebihi RM3,000 akan menyebabkan kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat,” ujarnya. – SM

 

(Visited 277 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button