Gajet

Demonstrasi iPhone 13 menunjukkan kehebatan penghasilan video

BARU-BARU ini Apple telah menerbitkan sebuah video baru dalam siri “Shot by iPhone” yang menunjukkan kehebatan iPhone 13.

Pada siri iPhone 13, Apple mengetengahkan ciri Cinematic Mode dalam penghasilan video seolah-olah menggunakan kelengkapan profesional.

iPhone 13 juga didatangkan dengan ciri kompak dan kalis air menjadikanya mudah dikendalikan untuk merakam video.

Dalam video tersebut, hos telah mendemonstrasikan penggunaan kesan khas jenis praktikal dalam penghasilan video bergenre fiksyen sains.

Antara kesan khas yang ditunjukkan ialah kesan pergerakan cahaya sewaktu bergerak dalam kelajuan cahaya yang dihasilkan dengan merakam titisan air yang disinari cahaya.

Selain itu, naik taraf yang dilakukan pada kemampuan sensor dalam keadaan malap juga diuji.

Kemampuan sensor tersebut diuji dengan merakam pengembaraan angkasa lepas dan hasilnya memberikan rupa planet sfera sebenar.

Ciri Cinematic Mode membolehkan penggunakan melakukan teknik ‘rack focus’ seperti yang ditunjukkan dalam video tersebut yang memfokuskan antara batu terapung dan wajah watak.

Kehebatan iPhone 13 membolehkan pengguna menghasilkan video yang berkualiti seperti seorang juruvideo yang professional.

Walaupun Apple pada siri iPhone masih kekal menggunakan sensor 12MP pelbagai saiz tetapi kualiti video yang dihasilkannya lebih baik berbanding dengan Android. -SM

(Visited 102 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button