Jenayah

Empat beradik pemilik kilang cemar air ditahan polis

Empat beradik pemilik kilang yang disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang telah ditahan polis malam tadi.

Menurut Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin, kesemua suspek lelaki berumur lingkungan 50 hingga 60 tahun itu ditahan dalam satu operasi bermula kira-kira 11 malam.

Jelas beliau, ada tangkapan dibuat di kediaman dan ada yang ditahan selepas tampil di balai polis di daerah Gombak.

“Polis akan membuat permohonan reman di Mahkamah Selayang untuk siasatan lanjut pagi,” katanya kepada Bernama.

Katanya, siasatan awal mendapati kilang berkenaan diusahakan oleh empat suspek yang juga adik-beradik selepas bapa mereka meninggal dunia. Kes disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan.

Sebanyak 1,292 kawasan di tujuh wilayah di sekitar Lembah Klang membabitkan hampir 1.2 juta akaun pengguna mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula Khamis selepas empat LRA dihenti tugas ekoran insiden pencemaran bau berkenaan-SM

(Visited 178 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button