Nasional

Program Pengedaran Barang Perlu melalui Community Drumming-PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kerajaan sedar perbezaan harga barangan yang ketara antara bandar dan pedalaman di enam negeri terutama di Sarawak.

Sehubungan itu, katanya, untuk tahun ini, Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi melaksanakan Program Pengedaran Barang Perlu melalui Community Drumming atau lebih dikenali sebagai Program Penyeragaman Harga.

“Ini bagi membolehkan penduduk di kawasan pedalaman atau luar bandar menikmati tujuh harga barangan keperluan asas pada harga yang sama di bandar.

“Barangan tersebut ialah gula putih, tepung gandum kegunaan am/bukan kegunaan am, minyak masak sawit, beras putih, gas petroleum cecair (LPG), petrol RON95 dan diesel,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian Sempena Jelajah Keluarga Malaysia bertempat di Dataran Perayaan Petra Jaya, Kuching, Sarawak, hari ini.

Ismail Sabri berkata, daripada peruntukan RM200 juta, sebanyak RM125 juta ataupun lebih 62% khusus bagi melaksanakan program itu.

“Progam ini akan memberi manfaat kepada 500,000 penduduk negeri Sarawak melibatkan 112 zon merangkumi 538 kawasan pengedaran,” katanya. – SM

(Visited 326 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button