Politik

Demokrasi AS: Perhimpunan, keganasan tidak sepatutnya berlaku – Anwar

RAKYAT Amerika Syarikat (AS) perlu meraikan demokrasi yang mereka amalkan terutama sekali apabila berlaku peralihan kuasa selepas pilihan raya presiden.

Bagaimanapun, perkara yang sebaliknya berlaku apabila bangunan US Capitol Building yang menempatkan kongres negara itu diserang penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan itu dikatakan tidak bersetuju dengan peralihan kuasa dan enggan membenarkan Joe Biden yang memenangi pilihan raya presiden pada tahun lalu memasuki pejabat.

Malah, tindakan tersebut turut dihangatkan dengan kehadiran bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang berucap kepada penyokongnya.

“Kita merasakan ini bukan penunjuk perasaan secara damai yang hanya menggunakan hak perlembagaan mereka untuk berhimpun, sebaliknya penyokong yang marah, bersenjata dan mengugut ‘tiada seorang yang akan selamat, bukan hari ini’.

“Kita juga mengakui penunjuk perasaan ini, sebagai sebahagian daripada perhimpunan aman yang dilakukan di tempat lain di AS dan di seluruh dunia.

“Kita tidak sepatutnya membiarkan tindakan sesetengah pihak boleh mencerminkan atau menunjukkan keburukan.”

“Demokrasi diraikan apabila rakyat bebas untuk menyuarakan pandangan, tetapi penyalahgunaannya demi cita-cita demokratik sememangnya mengancam kita semua.”

Demikian kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan menerusi hantaran Facebooknya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kejadian perhimpunan dan keganasan yang berlaku di US Capitol Building malam tadi.

Dalam kenyataan sama, beliau menegaskan Trump tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian di hadapan penyokongnya.

Trump sepatutnya menghormati proses demokorasi dan menghormati mandat rakyat yang telahpun ditunjukkan semasa pilihan raya tahun lalu.

“Sebelum serangan awam di Capitol, Trump membuat ucapan dan melaungkan ‘selamatkan Amerika’ di White House penuh dengan hasutan.

“Ramai yang menghadiri pidatonya tadi menyertai serangan di Capitol dan menyebabkan proses kongres terhadap keputusan pilihan raya 2020 tertangguh.

“Situasi di AS hari ini menjadi contoh utama dunia yang apabila terdapat dua pihak bertentangan antara satu sama lain didorongi oleh tindakan membenci, berita dan maklumat palsu serta retorik manipulatif.

“Semua itu bersifat xenofobia dan menjadi halangan kepada kita untuk yakin dengan demokrasi dan mencapai masa depan yang lebih baik,” tegasnya. – SM

(Visited 124 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button