Belang Bertempat

Demi rule of law, Lim Guan Eng ke mahkamah

TINDAKAN pihak berkuasa menghadapkan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng di mahkamah pagi ini 7 Ogos atas pertuduhan-pertuduhan bersangkutan kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang adalah selaras dengan desakan UMNO supaya kerajaan memenuhi prinsip rule of law.

Kes kontroversi itu antara gesaan yang dibangkitkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 12 Mac lalu kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia demi memenuhi aspirasi rakyat dan memelihara kepentingan agama dan negara, dengan beberapa tindakan segera, kata Ahmad Zahid, harus diambil oleh Kabinet baharu Muhyiddin.

Selain kes terowong dasar laut itu, MT UMNO kira-kira lima bulan lalu mendesak kerajaan supaya menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap mereka yang dikaitkan dengan kes pembunuhan menyayat hati melibatkan anggota bomba, Allahyarham Adib.

Selain itu, menggesa membatalkan agenda kerajaan Pakatan Harapan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) yang sengaja mahu mengongkong dan mengekang tugas dan tanggungjawab pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Empat lagi gesaan dan komitmen MT, kata Ahmad Zahid adalah:

* Membekukan keputusan pemberhentian kakitangan awam berstatus kontrak, dasar pengurangan kakitangan awam dan mengkaji semula dasar yang memastikan kebajikan penjawat awam terbela.

* UMNO akan terus memainkan peranan secara proaktif sebagai agen semak dan imbang (check and balance) terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin bagi memastikan suara dan aspirasi rakyat benar-benar terbela.

*UMNO juga akan meneruskan agenda utama memperkasakan Muafakat Nasional dengan rakan-rakan Pas dan juga memperkukuhkan Barisan Nasional bersama rakan-rakan komponen MCA, MIC dan PBRS.

*UMNO terus komited untuk mempertahankan kerajaan Muhyiddin selama mana aspirasi rakyat dipelihara dan memastikan kestabilan politik dan ekonomi dapat dijaga sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.-SM

(Visited 287 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button