Rencah Hidup

Demi meneruskan kelangsungan hidup, Pakcik TBS mohon simpati rezeki

Baru-baru ini kecoh di laman media sosial tentang lelaki berusia 70-an yang juga dikenali sebagai Pak Cik Terminal Bersepadu Selantan (TBS).

Pak Cik TBS difahamkan berasal dari Sik, Kedah dan kini berada di Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.

Yang menyedihkan, Pak Cik TBS ini sudah banyak kali memohon kerja namun atas faktor umurnya, banyak pihak menolaknya.

Terdahulu, Pak Cik TBS difahamkan pernah mencari kerja di Melaka namun gagal dan berharap ada sinar baharu di Kuala Lumpur.

Disebabkan kisah Pak Cik TBS menjadi tular, pendakwah popular, ustaz Ebit Lew telah menemui lelaki tersebut dan memberi bantuan.


Video Ustaz Ebit Lew menemui Pak Cik TBS itu telah mendapat tontonan sebanyak 150,717 sejak kali pertama dimuat naik sehingga kini.- SUARA MERDEKA

(Visited 238 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button