Hiburan

Demam SF9 atasi kuasa tular

Sensasi K-Pop

KUMPULAN sembilan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai Sensational Feeling 9 (SF9) membangkitkan satu gelombang baharu dalam dunia K-Pop di Seoul, Korea dan rantau Asia termasuk Malaysia, Brunei dan Singapura.

Kebangkitan SF9 yang merupakan artis berkumpulan pertama yang bernaung di bawah label FNC Entertainment dilihat sebagai satu kumpulan yang mempunyai pengaruh yang amat besar.

Sebesar jumlah anggota SF9, mereka terdiri daripada Youngbin, Inseong, Jaeyoon, Dawon, Zuho, Rowoon, Taeyang, Hwiyoung dan Chani.

Vokalis utama ialah Inseong dan Rowoon manakala peneraju vokal (lead vocalists) terdiri daripada Jaeyoon, Dawon dan Taeyang.

SF9 adalah artis berkumpulan yang dilengkapi dengan empat rapper iaitu Youngbin, Zuho, Hwiyoung dan Chani.

Walaupun kesemua anggota SF9 mampu menari dengan baik setiap kali mengadakan persembahan namun tiga penari utama mereka ialah Youngbin, Taeyang dan Chani.

Dalam ramai-ramai anggota SF9, Rowoon menjadi kegilaan peminat disebabkan oleh wajahnya yang diklasifikasikan sebagai ‘genius face’.

Tidak sah rasanya jika dalam menjadi faktor tarikan SF9 tanpa kehadiran pelakon kerana mereka ini mempunyai pelbagai bakat.

Justeru Chani dan Rowoon adalah dua aktor yang menganggotai kumpulan yang mempunyai 1.5 juta pengikut di Instagram Rowoon.

SF9 yang lahir dalam industri K-Pop pada 5 Oktober 2016 menerusi single berjudul Fanfare, tahun 2020 ini, mereka baharu sahaja melahirkan album pertama berjudul First Collection.

Album sulung yang baharu masuk hari keempat di pasaran  turut mengandungi 10 buah lagu baharu dengan title track berjudul Good Guy.

Lazimnya mana-mana grup K-Pop yang melahirkan muzik video title track, sehari sebelum pelancaran, memberi kejutan manis kepada peminat yang menggelar diri mereka dengan gelaran Fantasy.

Video muzik Good Guy yang dikeluarkan mendapat 3 juta tontonan dalam tempoh 24 jam.

Berikut adalah link kepada muzik video Good Guy. – SM

(Visited 323 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.
Back to top button