Nasional

Delegasi Skuad Az-Zahra Care Minat Modul Pusat Ulul Albab UPSI

Tanjung Malim ,3 Jun 2022:
Pusat Ulul Albab (PUA), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan 15 orang delegasi daripada NGO (non-govermental organization) Skuad Az-Zahra Care bagi membincang dan mendapatkan maklumat perundingan serta kolabrasi bagi pelaksanaan program dan modul-modul yang ditawarkan oleh PUA UPSI.

Prof Halim menyampaikan cenderamata kepada Tun Fatimah Samad, Pengasas Skuad Azzahra Care.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Madya Dr Norkhalid Salimin berkata minat yang ditunjukkan oleh pihak Skuad Az-Zahra Care itu memperlihatkan kualiti dan keberkesanan modul-modul yang dibangunkan oleh PUA.

Prof Madya Dr Norkhalid Salimin

“Kami mengalu-alukan pelbagai agensi kerajaan, instusi pendidikan serta NGO untuk memanfaatkan modul-modul yang dibangunkan tenaga pakar UPSI yang berwibawa,” katanya.
Dalam pertemuan itu, antara topik yang dibincangkan adalah keperluan kepakaran dan jurulatih daripada PUA.

Deligasi Skuad Az-Zahra Care yang memngunjungi Pusat Ulul Albab UPSI.

Timbalan Pengerusi Skuad Az-Zahra Care, Muhammad Sulaiman, dalam ucapannya berkata beliau amat berbesar hati kerana PUA sudi menerima kunjungan delegasi mereka dan menawarkan khidmat kepakaran untuk berkongsi modul-modul terbitan PUA.

“Kami berminat mempelajari kaedah yang digunakan oleh PUA dalam menerapkan keseimbangan antara aktivti dan pembelajaran yang mampu menarik minat terutamanya masyarakat orang Asli dalam aktiviti dakwah yang dianjurkan,” katanya.

Menurut Pengarah PUA, Prof. Dr. Abdul Halim Ali, PUA mampu menyediakan kepakaran daripada pelbagai bidang dan perkongsian pembinaan modul juga dapat dilaksanakan mengikut keperluan semasa.

Katanya, modul yang dibangunkan oleh PUA itu berkesan dalam membangunkan motivasi dan modal insan peserta yang mengikutinya kerana diterapkan elemen Islamik sebagai panduan kehidupan.

Penyelaras 1 PUA, Dr Sakinah Salleh, yang menjelaskan bahawa, PUA telah berjaya menjadi pusat latihan kepada pelajar menggunakan elemen QEI (Quranik, Ensiklopedik, Ijtihadik) serta pusat perkongsian latihan kepada pihak luar yang memerlukan khidmat perundingan.

(Visited 328 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button