Hiburan

AJL: Sang hipokrit hentikan kata-kata mengulit!

Betulkan kesilapan demi industri muzik Malaysia

PERTANDINGAN Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35) berakhir malam tadi dengan disiarkan secara langsung di kaca televisyen. Keputusan lagu mana yang menang tempat pertama, kedua dan ketiga atau dalam istilah yang digunapakai, Juara, Naib Juara dan Tempat Ketiga sudahpun diketahui sejak malam tadi.

Persembahan para penyanyi yang menggalas tanggungjawab untuk menyampaikan lagu ciptaan komposer dan penulis lirk telahpun dilunaskan, juga malam tadi. Hari ini, masih lagi menjadi perbualan dalam kalangan pemerhati, peminat dan khalayak tentang AJL35.

Secara umum, topik perbincangan dalam kalangan player atau pemain industri ialah tentang lagu dan penyampaian penyanyi di atas pentas yang dilihat gah dan berprestij.

Berikut catatan yang menarik perhatian di laman sosial Facebook dan dikongsikan di SUARA MERDEKA.

 

Sam Isma

Pendapat saya selaku Produser, Komposer & Penulis Lirik, Malaysia sudah kekurangan pentas-pentas besar untuk dipertontonkan kepada umum.

Dahulu, kita ada Anugerah Industri Muzik (AIM) yang menjadi antara pentas pesaing AJL tetapi pentas AIM sudah terkubur. Sedarkah kita Industri Muzik kita akhir-akhir ini selalu dikecam oleh negara-negara jiran?

Saya tidak menyalahkan mereka kerana kita yang mempersembahkan sampah-sampah ini kepada dunia luar.

Kenapa saya panggil mereka ini sampah? Kerana tatkala anda mahu berada di atas pentas sebesar ini, anda perlu bersedia 200%. Tanpa sebarang minor mistake atau kesilapan kecil.

Sedarkah anda ada 4,400 orang komposer berdaftar di bawah MACP Malaysia yang mana mereka ini saban hari mengintai ruang dan peluang untuk meletakkan lagu-lagu dan artis-Artis mereka di pentas segah ini.

Namun apabila anda antara mereka yang mendapat peluang ini, seharusnya sedar bahawa tugas yang dipikul bukannya mudah.

Persediaan rapi sedari awal perlu ada. Kemampuan diri kena superp, keberanian kena kental, mental kena kuat.
Bukan silap then ucapkan sorry.

Yang menonton bukan hanya pendengar-pendengar tetapi mereka yang berada di dalam industri selaku produser, komposer, penulis lirik  dan penyanyi-penyanyi lain.

Ini menjadi tali pengukur sejauh mana kemajuan kita semua dalam industri namun sedih dan pedih apabila pentas sebesar ini dipersembahkan kecacatan yang amat nyata.

Di sini kita melihat berapa pincangnya industri kita, dalam pemilihan bakat. Sekarang bukan lagi masa untuk mencuba atau TRY-OUT. Pentas AJL adalah pentas utk ALL-OUT – membuktikan Industri Muzik Kita gah di mata semua.

Namun sayang. Kita masih diulit oleh kata-kata buaian, kata-kata indah, kata-kata semangat konon daripada sang hipokrit di luar sana yang menyokong membuta tuli tanpa mahu melihat skop atau misi sebenar kita dalam industri ini.

Sudah tiba masanya kita bangkit. Memperbetulkan kesilapan demi kesilapan jika mahu terus menyaksikan industri kita (industri muzik) berada di platform sebenar.

#SamIsma – SM

 

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button