Nasional

Degilnya kamu pulang beraya

TELAH beberapa hari jumlah jangkitan Covid-19 merekodkan lima angka termasuk hari ini 12,528 kes.

Namun angka yang menggerunkan itu nampaknya tidak sedikit pun menakutkan setengah-setengan orang untuk bergerak bebas ke sana sini termasuk pulang ke kampung halaman masing-masing semata-mata untuk beraya.

Sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan oleh pihak berkuasa terutama pasukan polis mengesan pertambahan bilangan kenderaan yang memasuki ke kawasan yang dikawal termasuk di Kelantan.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Muhammad Piah misalnya melaporkan, pihaknya mengesan pertambahan kira-kira lima peratus jumlah kenderaan dari negeri-negeri utara tanah air yang memasuki Kelantan melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jeli.

Menurut Abdullah, peningkatan peratusan kemasukan kenderaan di SJR itu dikesan berlaku bermula pagi  sehingga pukul 12 tengah hari semalam.


“Berdasarkan pemerhatian, jumlah kenderaan di sekitar kawasan Kota Bharu juga meningkat sebanyak 15 peratus pada hari ini berbanding sebelumnya.

“Peningkatan kenderaan di Kota Bharu juga berkemungkinan orang ramai keluar untuk membeli barangan keperluan untuk persiapan menyambut Hari Raya Aidiladha,” katanya ketika dihubungi Kosmo!

Menurut Abdullah, pemerhatian polis turut mendapati, peningkatan kenderaan yang berada di atas jalan raya di daerah Tumpat dan Machang juga meningkat lima peratus.

Beliau menasihatkan agar perantau dari negeri lain tidak pulang ke kampung halaman ketika raya bagi mengelakkan berlakunya penularan jangkitan Covid-19.-SM

(Visited 65 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button