Nasional

Deepavali: Upacara sembahyang dibenarkan dengan SOP yang ketat

BERSEMPENA dengan sambutan Deepavali yang disambut pada Jumaat hadapan, kerajaan membenarkan upcara sembahyang di kuil dengan kawalan pematuhan operasi standard (SOP) yang ketat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran sembahyang di kuil juga hanya terhadap kepada kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Pemulihan (PKPB,PKPP).
“Mereka dibenarkan untuk pergi ke kuil bermula pada pukul 7 pagi sehingga 12 tengah hari dan ada lima sesi sembahyang dijalankan.
“Selepas setiap sesi sembahyang itu, kuil perlu menjalankan proses sanitasi kuil selama 30 minit,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.
Menurut Ismail Sabri, selain kaunter saringan Covid-19 di pintu masuk kuil, hanya 30 orang sahaja boleh berada di dalam kuil pada satu masa.
Jelasnya, mereka yang selesai upacara sembahyang boleh terus bersurai manakala manisan pula diberikan dalam bentuk bungkusan.
“Bagi mereka yang ingin menziarah sanak saudara atau rakan, hanya 20 orang sahaja dibenarkan berada di dalam rumah pada satu masa.
“Manakala rumah strata (kediaman bertingkat) pula dibenarkan sebanyak 10 orang bagi keluasan rumah 1500 kps dan 15 orang (2500 kps) pada satu masa,” katanya.
Tambahnya, bagi mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) semua upacara sembahyang di kuil dan ziarah adalah tidak dibenarkan. -SM
(Visited 140 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button