Nasional

Ebit Lew rayu MPS bantu ‘pak cik jagung’

PENDAKWAH terkenal, Ebit Lew merayu pada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) supaya dapat membantu pak cik jagung yang tular kerana dihalau daripada berniaga semalam.

Ebit berkata, dia tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa dalam hal tersebut sebaliknya merayu supaya pihak tertentu dapat membantu pak cik tersebut.

“Saya sedih sangat bila tengok video mengenai pak cik ini tular di laman sosial apatah lagi dia rabun 90 peratus dan hanya nampak bayang sahaja.

BACA> Mana pergi 214,398 warga asing, tiada rekod keluar Malaysia

“Pak cik ini akan dapat RM50 sehari jika jagungnya habis. Dalam seminggu sudah tiga kali jagungnya dirampas.

“Berniaga di situ salah sebab tiada lesen tapi saya rasa kasihat sangat bila melihatnya,” kata Ebit di akaun Facebooknya.

Menurut Ebit, dia dengan rasa rendah diri merayu supaya MPS dapat membantu pak cik tersebut dan segala pertolongan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Ebit Lew juga sempat bertemu dengan pak cik tersebut dan menyampaikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit.

BACA> Guru maut jatuh balkoni ketika buat persiapan buka sekolah

Video tersebut tular dilaman sosial semalam dan mengundang rasa simpati netizen terutamanya bila melihat jagung yang dijual pak cik itu bertaburan ke jalan raya.

Dalam video tersebut, penguatkuasa cuba merampas jualan barangan jualan pak cik itu dipercayai kerana berniaga tanpa lesen.

Sementara itu ruangan komen posting berkenaan turut dihujani dengan rasa kesal terhadap tindakan yang diambil terhadap pak cik itu.

Ramai yang bersetuju dengan tindakan Ebit supaya pak cik itu diberi ruang dan peluang untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang betul. -SM

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button