Rencah Hidup

Deep Faith dan Team Haq Esports Club menjalin kerjasama sebar cara hidup dan pemakaian harian positif

TEAM Haq Esports Club secara rasminya telah bekerjasama dengan Deep Faith bagi Program “Faith Love Ta’awun”. Deep Faith merupakan sebuah organisasi yang mahu menyebarkan cara hidup dan pemakaian harian yang positif dalam kalangan masyarakat .

Program yang dijadualkan berlangsung pada 21 Januari 2022 ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah antara pelajar pelajar tahfiz dan juga pihak penganjur. Di samping itu, Infaq Packs juga akan diberikan kepada mereka yang bertempat di Madrasah Al-Hikmah, Jelebu Negeri Sembilan.

Infaq Pack yang diberikan ini mengandungi topeng muka, sweat shirt, kit pertolongan cemas dan hand sanitizer.

Pengasas Team Haq Esports Club, Aiman Haq berkata, “Sejajar dengan visi program ini untuk menyantuni bakal ulama kiraams. Alhamdulillah kami berjaya menjalankan satu kerjasama untuk menjayakan program ini dan kami berharap semoga pemberian infaq pack memberi manfaat kepada semua, InsyaAllah.”

Beliau juga berharap supaya kerjasama antara kami akan terus utuh untuk terus menyantuni penghuni penghuni Madrasah ”.

Program ini juga turut disertai oleh selebriti terkenal antaranya ialah Chong Ed dan Saharul Rizwan. Sokongan daripada kalangan selebriti ini juga diharapkan berjaya memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang madrasah madrasah yang terdapat di Malaysia. – SM

(Visited 549 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button