Kebakaranpilihan

20 jam bomba padam kebakaran ladang kelapa sawit

Dua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Jasin bertungkus lumus lebih 20 jam memadamkan kebakaran di ladang kelapa sawit seluas 5.2 hektar di Ladang Lembah Merlimau, Melaka sejak petang semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I (KUP), Mohd Sukur Md Ali berkata, usaha giat dijalankan hingga kini bagi memadamkan sisa-isa kebakaran dan keadaan dilaporkan terkawal.

“Kita sedang buat pemadaman secara agresif untuk kawal saiz kebakaran supaya dapat padamkan api keseluruhan kawasan terlibat.

“Setakat ini kita berjaya mengawal kebakaran di kawasan seluas 5.2 hektar daripada luas kawasan ladang 20.2 hektar setakat pukul 1.00 petang ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira- kira pukul 4.00 petang semalam.

Katanya, seramai 12 anggota dibantu tiga jentera BBP Merlimau dan Jasin dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sehingga kini, kita berjaya memadamkan 90 peratus atau 4.8 hektar daripada kawasan ladang yang terbakar,” katanya. – SM

 

(Visited 37 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button