Media massa

Datuk Yong Soo Heong Terima Anugerah HAWANA 2025 dari Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 14 Jun 2025 – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan replika cek Anugerah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 kepada Presiden Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Yong Soo Heong, dalam satu majlis penuh penghargaan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Turut hadir menyaksikan penyampaian tersebut ialah Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Datuk Seri Wong Chun Wai.

Majlis ini merupakan kemuncak kepada sambutan HAWANA 2025, yang menghimpunkan para pengamal media dari seluruh negara, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka dalam membentuk wacana nasional serta mempertahankan prinsip kewartawanan yang beretika dan bebas.

Sesi penyerahan ini turut dirakam lensa jurufoto Adam Amir Hamzah dari The Sun.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button