Politik

‘Saya tahu, tapi tak boleh ‘habaq’ kata Sanusi mengenai Langkah Dubai

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan sedar akan kewujudan gerakan untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan termasuk Langkah Dubai.
Dengan berpegang kepada pendirian bahawa bakal berlaku peralihan sokongan, kata Sanusi, sebarang usaha mengalih sokongan ahli-ahli parlimen adalah mengikut undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan.
“(Kerajaan ini) tidak (akan) bertahan sampai lima tahun (ataupun sehingga habis penggal), mereka akan tumbang, saya (nak maklumkan bahawa saya) tahu (bila tarikh Kerajaan Perpaduan tumbang) tetapi tidak boleh ‘habaq’ (beritahu kepada umum).
“Perubahan kerajaan adalah menerusi peralihan sokongan (yang) akan berlaku. (Sebenarnya) mereka pun yakin mereka akan jatuh, mereka ‘kelupoq’ (sedang menggelupur), muka sorang-sorang pucat sahaja, cuba pergi tengok menteri-menteri, muka semua pucat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar pada Rabu.
Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Kedah turut mendakwa bahawa usaha untuk menukar kerajaan yang dilakukan ketika ini mendapat sokongan daripada majoriti rakyat.
“Bila kita lemparkan perkara ini dalam kalangan orang ramai, tidak ada yang membantah, yang gusar (itu hanya) seorang dua yang akan hilang kuasa sahaja, tetapi rakyat menyambutnya dengan baik.
Namun, Sanusi menambah, Langkah Dubai hanya satu ‘dummy’ sahaja.
“Saya kata agak-agak sahaja, takkan semua perkara nak ke Dubai, bincang, kalau bincang di Chow Kit, jadi Langkah Chow Kit sebab di Kuala Lumpur,” katanya. – SM
(Visited 57 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button