fbpx
Nasional

Datuk Seri mangsa culik ditemukan maut

POLIS menemukan mayat yang dipercayai lelaki bergelar Datuk Seri yang menjadi mangsa culik di dalam belukar di Batu 27, Jalan Rawang Bestari Jaya, Selangor pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmad berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 9 pagi tadi.

“Mayat lelaki itu ialah seorang Datuk Seri berusia 55 tahun yang dipercayai diculik pada 10 Jun lalu.

“Lelaki itu diculik kira-kira pukul 10.30 pagi ketika sedang berjoging di Taman Permainan Jalan Persiaran Perdana, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya,” katanya.

Tambahnya, siasatan kes di lokasi kejadian sedang dijalankan. -SM


Show More

Related Articles

Back to top button