Nasional

Datuk Seri antara dua individu direman kes rasuah

SEORANG ahli perniagaan bergelar Datuk Seri merupakan antara dua individu yang direman kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM300,000.

Mereka ditahan reman selama enam hari bermula hari ini.

Kedua-duanya disyaki menerima rasuah daripada seorang individu kononnya bagi membantu melepaskan 22 warga China yang ditahan di Depoh Tahanan Imigresen.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Fatina Amyra Abdul Jalil di Mahkamah Majistret Shah Alam.

Kedua-duanya  yang merupakan lelaki berusia 44 tahun dan wanita berusia 41 tahun ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor semalam.

(Visited 87 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button