JenayahNasional

Rumah Hamzah Zainuddin diserbu, itu urusan LHDN

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di kediaman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Menurut beliau, serbuan dan penggeledahan oleh pegawai LHDN di rumah bekas Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Larut itu adalah urusan agensi berkenaan selaku badan penyiasat.

“Itu urusan LHDN, urusan badan-badan penyiasat dan saya tidak dimaklumkan,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya.

Serbuan di Damansara pada Selasa lalu dipercayai berkaitan isu cukai yang tidak dilaporkan.

Difahamkan Hamzah turut berada di kediaman berkenaan ketika serbuan dibuat.

Anwar dalam pada itu juga menafikan khabar angin bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bercuti selama dua minggu. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

BACA Rumah Hamzah diserbu LHDN

BACA LHDN tarik rayuan berkaitan cukai pendapatan terhadap anak Najib, Nooryana Najwa

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button