Jenayah

Datuk ‘Budak Pencuri’ Dedah Kebenaran, Netizen Mahu Datuknya Pula Ditangkap?

Siap ada peguam kata budak itu terpaksa rembat tabung masjid sebab nak belikan ubat untuk datuknya.

Siap ada geng parti politik buat tabung derma untuk membela budak itu kerana kasihan dan harus dibelai.

Sampai tok imam dan AJK masjid dikecam kononnya kenapa malukan budak itu dan perlu diberikan peluang.

Padahal datuknya sendiri mahu tok imam dan AJK masjid tarbiah dengan cara mandi sepeti jenazah.

Dengan harapan agar tersedar dan insaf namun tidak disangka, Malaysia penuh dengan golongan tiga di atas.

Hari ini apabila datuknya mendedahkan kebenaran, yang ‘back up’ budak itu mahu datuknya pula ditahan.

Kenapa dedahkan kebenaran sehingga memalukan mereka sebagai netizen yang maha suci.

Bahkan bukan itu sahaja.. mereka turut mahu tok imam dan AJK masjid juga ditangkap dan diseksa.

Hal ini demikian kerana mereka mahu pasti geng kaki lalok terus dapat mencuri tabung masjid untuk beli barang.

Lebih mengujakan, mereka sanggup meninggalkan kad ATM mereka beserta nombor pin untuk kegunaan ramai.

Begitulah mulia dan baik hati rakyat Malaysia yang gemar serkap jarang dan nampak orang agama seperti sesat.

Padahal kalau zaman Nabi Muhammad SAW, hukum huduh potong tangan bagi yang mencuri dibuat secara terbuka sebagai pengajaran.

Namun maklumlah pada zaman semua orang sibuk menuju liberal dan meninggalkan agama, perbuatan itu dianggap sebagai kuno, kejam dan tidak masuk akal.

https://www.tiktok.com/@suaramerdeka19/video/7052997318835965185?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7007965443717973505

Dalam masa sama, kelompok-kelompok ini juga mahu pastikan geng kaki lalok sama nasibnya seperti pelarian Rohingya.

Belai dengan simpati dan hentam sesiapa yang cuba tarbiah dan betulkan keadaan dengan cara yang ‘keras’.

Fitnah terjadi kerana buruk sangka dan suka marah-marah, kaki makan pop corn seronok layan the show!

Kredit: Mustaqim Barkoba

(Visited 4,514 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button