PRK

Bekas ketua bahagian PBS sertai UPKO

 BEKAS Kerua Bahagian Membakut Parti Bersatu Sabah (PBS), Henry Jumah menyertai UPKO.

UPKO merupakan parti yang membentuk gabungan dengan Warisan di Sabah.

Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau berkata, penyertaan Henry itu akan mencerahkan lagi peluang calon Kerajaan memenangi pilihan raya kecil Kimanis.

“Sokongan kepada calon kita, Datuk Karim Bujang semakin bertambah. Terima kasih semua,” katanya selepas menerima borang keahlian daripada Henri di Membakut malam tadi.

Katanya, kemasukab Henry adalah satu sokongan hebat kepada perjuangan UPKO dan Kerajaan.

Henry pula berkata, setelah agak lama menyepi, dia membuat keputusan kembali aktif tetapi melalui UPKO kerana parti itu adalah sebahagian daripada Kerajaan.

Beliau menerajui PBS Membakut selama dua penggal dari 1997 sehingga 2004, dan tidak bertanding untuk penggal seterusnya kerana meragui keberkesanan kepimpinan PBS.

Menuryr Henry, berkata ramai lagi ahli PBS termasuk kesemua 33 ketua-ketua cawangan akan mengikuti jejak beliau dalam masa terdekat. -SM

(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button