Ekonomi

ATech guna hasil IPO RM104.73 juta untuk perluasan dan menaik taraf fasiliti

Aurelius Technology Bhd (ATech), penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) untuk produk-produk perindustrian elektronik, mencatat premium lima sen di awal dagangannya hari ini.

Premium yang dicatatkan itu adalah lebih tinggi daripada harga tawaran RM1.36 sesaham semasa pelancaran prospektusnya tempoh hari.

Pengerusi ATech Datin Normaliza Kairon berkata, hasil dari IPO itu ATech telah menjana RM104.73 juta, sebanyak RM40 juta akan diguna bagi membeli mesin dan peralatan baharu, RM29.52 juta untuk pembayaran balik pinjaman, RM28.13 juta untuk modal kerja dan RM7.09 juta untuk perbelanjaan penyenaraian.

Pihaknya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada para pelabur yang menaruh kepercayaan kepada ATech di atas keyakinan ke atas perniagaan dan sebagai peneraju dalam penyediaan perkhidmatan pembuatan elektronik di Malaysia untuk pembuatan produk elektronik perindustrian sejak hari pertama.

“Kami cukup terharu dengan maklum balas para pelabur terhadap penyenaraian syarikat ini dan kami amat gembira dengan pelancaran saham kami di Papan Utama hari ini.’’ katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, dengan penyenaraian ini ia memberikan lebih ketrampilan yang diperlukan untuk bagi mengembangkan perniagaan, mengekal dan menarik lebih ramai pelanggan di seluruh Asia Pasifik, benua Amerika dan Eropah.

Malah katanya, penyenaraian ini juga memberikan membuka peluang untuk merealisasikan pelan-pelan dan strategi masa hadapan ATech termasuk perluasan dan menaik taraf fasiliti pengeluaran.

Normaliza berikrar bahawa ATech akan terus mencipta nilai menerusi fokus ke atas perkara-perkara berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Di samping mengguna pakai teknologi, kami juga mahu mencipta nilai menerusi tumpuan kepada ESG dengan melaksanakan amalan-amalan kelestarian. Sejak 2004, kami telah mempunyai persijilan ISO di dalam sistem pengurusan alam sekitar dan kami berhasrat untuk menjadi penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik terbaik dengan kelayakan-kelayakan hijau’’, katanya lagi.

ATech menawarkan pilihan menyeluruh EMS kepada syarikat multinasional meliputi 11 negara di Asia Pasifik, benua Amerika dan Eropah.

Perkhidmatan-perkhidmatan itu merangkumi perkhidmatan sokongan kejuruteraan, penyediaan prototaip, pemasangan board, pemasangan mekanikal, ujian dan pelabelan bagi komunikasi dan Internet Benda (IoT), peranti elektronik dan produk komponen semikonduktor diguna di dalam industri pengangkutan, pengurusan tenaga, telekomunikasi dan IoT.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2021, produk komunikasi dan IoT menyumbang sebanyak 89.5 peratus kepada perolehan Syarikat, dengan peranti elektronik menyumbang 9.4 peratus dan komponen semikonduktor pula menyumbang kurang daripada satu peratis.

Tiga negara pelanggan utama daripada segi sumbangan perolehan bagi tahun kewangan 2019 hingga tahun kewangan 2021 ialah Amerika Syarikat, Malaysia dan Singapura, yang secara kolektif masing-masingnya mewakili
93.6 peratus, 92.7.peratus, dan 89.3 peratus hasil perolehan.

(Visited 162 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button