Ekonomi

DataKITA bantu kumpulan perniagaan buat keputusan

PERBADANAN Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital, telah memperkenalkan DataKITA untuk menggalakkan perniagaan mengadaptasi dan menghargai data untuk menjadi syarikat dipacu data dan kesediaan AI.

Akronim KITA dalam inisiatif DataKITA menggambarkan empat teras utama iaitu Knowledge (Pengetahuan), Infrastructure (Infrastruktur), Talent (Bakat) dan Action (Tindakan) – dengan setiap teras memainkan peranan dalam meningkatkan ketersediaan data dalam ekosistem, menambah baik kebolehcapaian data dan menggalakkan penggunaan data.

Mempromosikan Literasi dan Kesedaran Data Literasi data telah diiktiraf di seluruh dunia berikutan ia berkeupayaan untuk membaca, memahami, mencipta dan mengkomunikasikan data sebagai maklumat.

Ia memberi tumpuan kepada kecekapan dalam bekerja dengan data seperti membaca dan memahami data dengan lebih mendalam.

Menurut Gartner ‘A Data and Analytics Leader’s Guide to Data Literacy’ (Panduan Peneraju Data dan Analisis untuk Literasi Data)’, strategi data dan analisis adalah penting dalam semua aspek perniagaan digital kerana celik data dapat membolehkan sesebuah organisasi untuk mengadaptasi teknologi sedia ada dan baru muncul dengan lancar.

Untuk melahirkan tenaga kerja celik data, laporan berkenaan menekankan bahawa pemimpin perniagaan perlu memulakan penilaian dalam keperluan latihan literasi data dan menentukan matrik pengesanan (menggunakan data) untuk mengenal pasti prestasi latihan individu.

Pemerhatian yang dilakukan oleh McKinsey & Company telah menunjukkan lebih 50 peratus eksekutif dan pengurus di syarikat berprestasi tinggi adalah celik data.

Bagaimanapun, situasi ini tidak sama jika di lokasi berlainan.

Laporan berkenaan juga menunjukkan 50 peratus eksekutif berdepan dengan jurang kemahiran data dan memerlukan latihan literasi data.

Pertumbuhan teknologi baharu turut memperlihatkan peningkatan kesedaran terhadap perniagaan untuk memiliki data.

Walaupun syarikat besar telah menggunakan kemajuan data untuk mengembangkan operasi mereka, syarikat kecil baru mula sedar tentang kepentingan data dan bagaimana ia mampu mengubah cara mereka beroperasi.

Pandemik juga telah meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan untuk memanfaatkan data dengan cara yang betul.

Dengan perubahan gaya pengguna yang pantas, perniagaan boleh menerima manfaat menerusi data untuk menerokai pasaran lebih besar yang sesuai dengan tawaran produk mereka.

Selain itu, perniagaan juga boleh mencipta impak lebih besar dan membuat keputusan yang lebih baik, sama ada untuk mencari segmen pelanggan baharu atau pun mencipta produk yang lebih baik.

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button