Nasional

Tuntutan Kumpulan Sulu: RM31 juta bagi pengendalian kes mahkamah

KIRA-KIRA RM31 juta dibelanjakan kerajaan bagi pengendalian kes mahkamah di empat negara menghadapi tuntutan yang difailkan kumpulan Sulu terhadap Malaysia bermula 20 November 2019 hingga 20 Januari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan jumlah itu membabitkan kos perkhidmatan peguam antarabangsa, prosiding mahkamah, terjemahan, penyelidikan sejarah dan perundangan.

“Secara khususnya fi guaman dan bayaran sahaja sebanyak RM36,000 (2019), RM167,000 (2020), RM8.2 juta (2021), RM13.5 juta (2022) dan RM5.4 juta (2023) bagi pengendalian kes mahkamah di empat negara iaitu Sepanyol, Perancis, Luxembourg dan Belanda,” katanya menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) berhubung kos guaman yang terbabit dalam tuntutan kumpulan Sulu terhadap Malaysia.

Selain itu, Azalina memaklumkan keputusan permohonan rayuan kerajaan Malaysia terhadap Perintah Mahkamah Perancis bertarikh 29 September 2022 dijangka dikeluarkan pada Jun ini dengan pendengaran permohonan rayuan itu telah berlangsung pada 6 Februari lalu di Mahkamah Rayuan Perancis.

Kumpulan Sulu sebelum ini dilaporkan membawa tindakan undang-undang ke Mahkamah Sepanyol untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah, yang didakwa telah dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.

Selain itu, Azalina memaklumkan keputusan permohonan rayuan kerajaan Malaysia terhadap Perintah Mahkamah Perancis bertarikh 29 September 2022 dijangka dikeluarkan pada Jun ini dengan pendengaran permohonan rayuan itu telah berlangsung pada 6 Februari lalu di Mahkamah Rayuan Perancis.

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button