Nasional

MB Selangor sumbang sebulan gaji ke tabung Covid-19

MENTERI Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyumbangkan satu bulan gajinya kepada Tabung Bantuan Menangani Bencana Covid-19 Selangor.

Amirudin berkata, tabung itu ditubuhkan tahun lalu dalam Pakej Rangsangan 2.0.

“Oleh demikian, hari ini kerajaan negeri mengaktifkan semula tabung ini bagi membantu usaha menangani wabak Covid-19.

“Dengan berbesar hati, saya menyumbang sebanyak sebulan gaji sebagai permulaan kepada usaha ini.

“Malah, kerajaan negeri turut bercadang melaksanakan potongan gaji meliputi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pegawai tinggi di syarikat milik kerajaan (GLC). Mekanisme potongan gaji ini akan dimuktamadkan dan akan disalurkan ke tabung ini,” katanya dalam pengumuman khas berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan daripada sektor korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri.

“Pada tahun lalu, kerajaan negeri telah menerima sumbangan berjumlah RM9.3 juta dan telah digunakan bagi perbelanjaan khusus buat para petugas barisan hadapan serta bidang perubatan menangani Covid-19.

“Pagi tadi, kerajaan negeri menerima sumbangan RM2.3 juta bagi tabung ini,” ujarnya.

(Visited 119 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button