NasionalNegeriPendidikan

UniMAP terus relevan kolaborasi penyelidikan, inovasi – Raja Muda Perlis

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus relevan melalui kolaborasi penyelidikan dan juga perkongsian inovasi bersama-sama industri dan komuniti.

Di samping menambahbaik kehidupan komuniti setempat, ekosistem penyelidikan dan inovasi yang kukuh di UniMAP akan terus memberikan impak positif dalam menerokai dunia kini yang tidak bersempadan.

Usaha dan komitmen UniMAP dalam menyelesaikan isu kelestarian yang memberi impak kepada alam sekitar telah mendapat pengiktirafan dalam ‘UI Green Metric 2020’ di mana UniMAP berada di tangga ke-363 daripada 912 institusi pengajian tinggi di dunia yang mengambil bahagian dalam penilaian ‘IU Green Metric’.

UniMAP juga telah melalui fasa penambahbaikan dalam UI, ataupun ‘Universitas Indonesia Green Metric’. ‘UI Green Metric’ bermula pada 2010 dan merupakan sebuah sistem yang seragam dalam mendapatkan sokongan daripada ribuan universiti di dunia dalam memperakui mana-mana organisasi yang menunjukkan usaha dalam mengurangkan kesan jejak karbon dan pada masa yang sama membantu menangani perubahan cuaca global.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena majlis perasmian Promosi Masakan Perlis di Four Seasons Restaurant @ Redwood Hotel, Vientiane, Laos yang disempurnakan oleh Baginda baru-baru ini.

Program tersebut dilaksanakan oleh pihak restoran yang mana rakan kongsinya adalah seorang rakyat Malaysia, Chef Jordan Pow Kiew Shan dengan kerjasama UniMAP, Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dan BMC Travel Sdn Bhd.

Mengiringi keberangkatan Baginda yang juga Canselor UniMAP dalam delegasi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP ke Laos tersebut ialah Naib Canselor UniMAP, Prof Dr Zaliman Sauli.

Untuk rekod, UniMAP kini berada dalam kelompok 801 – 1000 dalam ‘2023 Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings’ dan berada dalam kelompok 251 – 260 dalam ‘QS Asia University Rankings 2022’. – SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button