Hiburan

Kemasukan ke Fiesto Fest adalah percuma, bukan seperti festival berbayar!

Perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang bakal di meriahkan sempena Fiesto Fest selama 3 hari 3 malam pada 3 sehingga 5 Mac 2023 ini malah kemasukan adalah percuma!.

Jelas pengarah program Ikhram Zainudin, walaupun melihat banyak festival yang mengenakan bayaran terhadap pengunjung namun untuk festival Fiesto Fest ini tiada bayaran dikenakan malah pegujung juga boleh nikmati konsert dari artis terkenal.

“Sebagai penganjur sudah tentu saya mahukan orang ramai yang hadir ke acara tersebut untuk meriahkan suasana, jika kenakan bayaran sudah tentu terkesan kepada usahawan yang menjual dalam festival itu.”katanya selepas majlis pelancaran Fiesto Fest.

Jelasnya lagi walaupun sudah berpengalaman membuat festival lebih dari 10 tahun tidak seharusnya penganjur kutip wang dari pegujung kerana boleh jejaskan nama festival tersebut.

Festival ini sarat dengan aktiviti sukan, seni, budaya dan kemasyarakatan turut dimeriahkan dengan Expo jualan produk yang hebat dari usahawan tempatan.
Malah menggabungkan pelbagai elemen yang menarik seperti Fiesto Music Fest, Zumba Rock, Fiesto Chess Championships, Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak, Bikers Ghatering dan Indoor Sport.

Bagi menyemarakkan lagi suasana festival ini, menampilkan artis jemputan tanah air, Baby Shima, Ronnie Husseion, Azlan Typewriter, Kristal, Klangit dan ramai lagi band yang terkenal turut meriahkan acara ini.

(Visited 436 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button