JenayahNasional

Sajjad mulakan hidup baharu di Australia

ELOKLAH Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mengakui dia memulakan hidup baharu di Australia selepas berjaya melarikan diri dari Malaysia. Usahawan kosmetik penuh kontroversi itu kini menetap di Canterbury, 12 kilometer  dari Sydney, New South Wales (NSW).

Muhammad Sajjat mengatakan melalui siaran live di laman sosial media Tik Toknya, dirinya secara sah sudah berhijrah ke Australia dengan bantuan kerajaan negara tersebut dan sekarang sedang menjalani tempoh kuarantin di sebuah hotel.

Melalui laman Instagramnya juga dia memuat naik sekeping gambar dengan kapsyen ‘new life’ yang berrmaksud kehidupan baru.

Muhammad Sajjat juga turut memaklumkan hasratnya ingin membuka sebuah kedai emas baru di negara tersebut.

Sementara itu, penghijrahan Muhammad Sajjat mengundang pelbagai reaksi netizen di ruangan komen. Ramai yang menegur dan ada juga yang menyokongnya di samping mendoakan agar dia menjaga diri di luar negara.

“Kamu boleh lari dari manusia tapi bukan Allah”, tegur seorang netizen.

“Jaga diri, be happy. Bila sampai masa nanti, balik pada yang basis ye. Have a happy life Sajat”, tulis seorang netizen.

“You deserve only happiness! I am so happy for you”, kata seorang netizen.

Terdahulu, Muhammad Sajjat pernah ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara tersebut.

Penahanan itu ekoran Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai lokasi Muhammad Sajjat yang menjadi buruan selepas lolos ke Thailand melalui kereta api di Padang Besar, Perlis.

Semasa ditahan, dia menunjukkan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR). Kad tersebut dikeluarkan oleh ibu pejabat suruhanjaya di Bangkok dan seterusnya memaklumkan bahawa dia akan berhijrah ke Australia. – SM

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button