Nasional

Darurat bukan bermakna tentera berkuasa- Muhyiddin

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, mengikut Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan bagi menangani pendamik Covid-19 dengan lebih berkesan, darurat diisytiharkan bermula 11 Januari sehingga 1 Ogos nanti.

Beliau berkata, dalam hal ini dunia menghadapi ancamanan pendamik Covid-19, satu pengumuman boleh dibuat oleh Seri Paduka Baginda yang-Dipertuan Agong berhubung perkara ini.

Selain peningkatan mendadak kes Covid-19, negeri Johor, Pahang, Kelantan menghadapi bencana banjir, turut jadi ancaman besar ekonomi ke atas rakyat, katanya.

“Kerajaan perlu mempunyai kuasa tertentu terhadap wabak dibendung dengan berkesan.

“Setelah mempertimbangkan, jemaah menteri,Yang di-Pertuan Agong berpuas hati adanya keperluan proklamasi darurat mengikut Fasa 2B, perkara 150 yang mempertuntukkan kuasa-kuasa yang perlu bagi mengekang Covid-19 dengan lebih serius di negara ini,” kata Muhyiddin dalam Pengumuman Khas yang disiarkan secara langsung sebentar tadi.

Perdana Menteri Muhyiddin menegaskan tadi bahawa pengumuman darurat ini bukanlah bermaksud rampasan kuasa tentera.

“Sepanjang tempoh darurat, jentera pentadbiran, pentadbiran awam, kerajaan negeri tidak terganggu dan berjalan seperti biasa sepanjang tempoh ini,” jelas beliau.

Muhyiddin turut berkata, jika  Yang di-Pertuan Agong berpuas hati dengan hal-hal yang membendung Covid-19 yang merangkumi aset hospital swasta, mengambil milikan sementara tanah, bangunan, permintaan untuk menggunakan sumber hospital swasta untuk tujuan merawat pesakit Covid-19 dibolehkan

“Bantutan dari hospital swasta, sumber manusia, kepakaran fasiliti, aset, makmal ujian dan utiliti untuk merawat pesakit Covid-19 juga dibolehkan,” katanya. – SM

 

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button