BeritaNasionalPolitik

Darurat diisytihar untuk selamatkan kerajaan PN?

KEPUTUSAN kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengisytiharkan darurat secara rasmi hari ini sepatutnya tidak boleh dilakukan.

Menurut penganalisis politik, Tun Sri Lanang, ini kerana Malaysia sudahpun mempunyai sistem Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pernah diisytiharkan 18 Mac tahun lepas yang pernah dilakukan dahulu.

Perdana Menteri berkata, “Apabila pernyataan itu (darurat) dikeluarkan, jika dilihat pasaran saham di bursa saham hari ini, saham kita jatuh menjunam.

“Ini bermakna negara kita telah kehilangan berbilion ringgit kerana pernyataan tersebut”.

Beliau bagaimanapun berkata, memang betul salah satu cara untuk menangani pandemik Covid-19 adalah melalui tindakan darurat.

Namun langkah ini haruslah menjadi satu keputusan yang terakhir setelah segala langkah telah dicuba dan tiada lagi peningkatan kes positif Covid-19, kata beliau.

Beliau menambah, dalam kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan terdahulu, suntikan vaksin Covid-19 akan diberi kepada 3,000 petugas barisan hadapan pada Februari depan.

“Ini bermakna kita boleh menurunkan kadar kes positif Covid-19.

“Kerajaan juga berkata kemungkinan angka kes Covid-19 boleh mencecah sehingga 8,000 kes tetapi kita tidak pasti sejauh manakah perkara ini boleh terjadi.

“Jadi, sekiranya kerajaan ingin melaksanakan darurat sebagai langkah pencegahan, darurat bukanlah jawapan yang tepat kepada keadaan sekarang,” katanya sambil menambah, sekiranya Malaysia ingin melaksanakan darurat, kerajaan perlu ada segala prosedur operasi standard (SOP) dan dimaklumkan kepada rakyat.

Beliau berkata, walaupun pengisytiharan darurat, orang ramai khususnya yang terlibat dalam perniagaan tetap boleh melakukan aktiviti perniagaan mereka seperti biasa tetapi perlulah patuhi arahan dan SOP yang telah ditetapkan.

“Perkara-perkara begini perlu diambil kira dan diberitahu rakyat kerana kalau mengikut pemahaman biasa, darurat bermakna kita semua tidak boleh keluar dari rumah masih-masing.

“Kalau dibenarkan ada pergerakan pun, ada masa tertentu yang dihadkan dan perlu kembali diam di rumah dari pukul berapa sehingga pukul berapa,” jelasnya.

Katanya, perkara sebegitu jika tidak diberikan pencerahan secara jelas mungkin boleh menimbulkan kekeliruan.

“Tetapi pada hemat saya, darurat bukanlah satu cara pendekatan yang sesuai dalam keadaan sekarang dan yang paling sesuai adalah pelaksanaan PKP yang diumumkan semalam,” katanya.

Tun Sri Lanang turut menimbulkan persoalan, kenapakah Perdana Menteri perlu membuat perutusan PKP semalam (11 Januari dan PKP sehingga 26 Januari) jika hari ini diisytiharkan pula darurat sehingga 1 Ogos nanti?

“Mula-mula mereka umumkan laksanaan PKP dan hari ini, pengisytiharaan darurat pula.

“Kedua-dua pengumuman ini dibuat selang sehari dan rasanya adalah tidak wajar membuatkan rakyat tidak tahu apakah yang berlaku sekarang.

“Situasi sebegini menimbulkan kekeliruan terutama dalam golongan peniaga kecil yang bergantung dengan pendapatan seharian.

“Saya khuatir perlaksanaan darurat in bukan untuk menangani Covid-19 tetapi sebagai langkah berjaga-jaga kerajaan terhadap tindakan ahli-ahli politik yang menggugat sokongan terhadap kerajaan PN,” tegasnya.

Jadi, sebagai langkah terdesak, mereka umumkan darurat kerana apabila ada darurat, Parlimen tidak akan bersidang. Maknanya, tiada usul yang dibahas Parlimen, katanya.

“Selain itu, kalau dapat dilihat dalam perutusan sebentar tadi, kerajaan akan melantik jawatankuasa khas yang akan dilantik oleh Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong namun tiada pengumuman siapakah ahli-ahlinya.

“Jawatankuasa ini mesti merangkumi semua parti politik yang ada dan yang memegang status Ahli Parlimen daripada PAS, PN, UMNO, PBM dan lain-lain supaya penubuhan jawatankuasa ini tidak dilihat berat sebelah atau memihak mana-mana pihak serta seimbang kerana ini soal negara dan rakyat Malaysia, bukan rakyat parti politik,” katanya. – SM

(Visited 642 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button