Politik

Darurat: Apakah PM beri nasihat jujur kepada Agong? – Mohd. Puad

YANG di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, dibimbangi diberi nasihat yang salah oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muyiddin Yassin.

Hal ini kerana, Muhyiddin didakwa sudahpun kehilangan majoriti tidak sepatutnya meneruskan tugas sebagai Perdana Menteri ekoran dua Ahli Parlimen menarik sokongan mereka.

Sebaliknya, wabak Koronavirus (Covid-19) dijadikan alasan bagi Proklamasi Darurat dilaksanakan supaya beliau dapat mengekalkan kedudukannya.

Ini kerana, dikatakan terdapat anggota Kabinet yang mengaku tidak dimaklumkan mengenai pelaksanaan darurat, kerana pada asalnya dasar itu hanyalah untuk memastikan Belanjawan 2021 diluluskan dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi ditangguhkan.

“Tidak ada siapa tahu berapa jumlah sokongan terhadap Muhyiddin bila dia diperkenan sebagai Perdana Menteri ke-8. Tiada SD (akuan bersumpah), tiada senarai yang dijadikan bukti sokongan.

“Ia hanya diketahui bila berlaku undian untuk melantik Azhar Harun sebagai Speaker. Rupanya 113 sahaja. Sebab itu Kerajaan PN dikenali sebagai kerajaan majoriti lemah.

“Sekarang tinggal 109 bila Nazri Aziz dan Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada Kerajaan PN dan Muhyiddin. Ini adalah kerajaan tiada majoriti.

“Maka timbul isu perundangan apakah Muhyiddin memberi nasihat sejujurnya kepada Agong untuk Proklomasi Darurat. Beliau sudah kehilangan sokongan majoriti ketika itu.”

Kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam satu kenyataan menerusi hantara Facebooknya hari ini.

Beliau juga mendakwa demikian apabila menimbulkan persoalan pelaksanaan langkah membendung Covid-19 tidak begitu ketat.

“Sebab itu langkah Darurat hanya langkah politik. Covid-19 dijadikan alasan. Apa kena mengena Parlimen digantung sampai Ogos tetapi shopping complex dibenarkan buka,” tegasnya.

Dakwa Mohd. Puad lagi, tindakan mengisytiharkan darurat ini menyebabkan lebih ketidakstabilan dan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.

Katanya, Muhyiddin sepatutnya tidak menolak gabungan politik untuk bersama-sama membendung dan membanteras penularan wabak Covid-19.

“Justeru dia hanya memperkukuhkan lagi ketidakstabilan dalam negara dan akan membawa padah lebih buruk kepada ekonomi. Tempoh 10 bulan bukti dia gagal memulihkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

“Dia menolak rekonsilisasi politik. Sebaliknya mengambil pendekatan autokratik apabila memohon perkenan darurat. Dia mahu kekal berkuasa.

“Muhyiddin dan penyokongnya gembira kononnya UMNO kena checkmate sebelum 31 Januari. Ingatlah, ini bukan lagi Kerajaan majoriti lemah tetapi kerajaan tiada majoriti. Rakyat akan checkmate kamu,” ujarnya. – SM

(Visited 571 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button