Nasional

Ibu bapa rayu kerajaan diberi peluang pelajar pulang

Ibu bapa berharap kerajaan memberi ruang kepada para pelajar yang terkandas di pusat pengajian tinggi untuk pulang ke pangkuan keluarga.
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap 3 membuatkan pihak berkenaan resah apabila ia dilanjutkan hingga 28 April ini.
Bagaimanapun ibu bapa tetap akur supaya kawalan kesihatan yang ketat dilaksanakan semasa proses itu.
Pada saya eloklah anak-anak yang tekandas di IPTA ini dihantar balik ke pangkuan keluarga dgn kawalan kesihatan yang ketat,” kata seorang ibu.
Contohnya, kata beliau, sebelum dibenarkan balik perlu diperiksa dahulu.
“Pelajar yang lepas saringan kesihatan barulah dihantar menaiki bas yang telah dibersihkan secara sanitasi dari virus,” katanya.
Seorang lagi mencadangkan supaya penghantaran pulang pelajar itu dibuat secara berperingkat-peringkat.
“Jadi bajet untuk menyantuni anak-anak ini boleh digunakan bagi menghantar mereka pulang,” katanya.
Peruntukan yang lebih itu, ujarnya dapat disalurkan kepada barisan hadapan yang lebih memerlukan.
Seorang lagi ibu bapa berpendapat anak-anak tidak harus dibenarkan pulang menaiki kenderaan awam kerana ia terlalu berbahaya.
“Ini akan jelas menyebabkan perhimpunan berama-ramai tanpa pengawasan,” katanya.
Katanya, IPTA mempunyai bas yang banyak dan pada ketika ini ia boleh digunakan.
“Lagipun anak-anak yang terkandas di IPTA sudah berminggu mereka terkurung dan tidak ke mana-mana. Mereka bukan seperti yang dibawa pulang dari luar negara. Kluster dari luar negara lagi meningkatkan penularan virus,” katanya.
Pelbagai pihak terutama ibu bapa mulai resah apabila PKP dilanjutkan dan dijangka ia akan berlarutan untuk tempoh yang lebih panjang jika penularan virus korona tidak dapat dihentikan.
Para pelajar pula mula merintih di media sosial dan meminta mereka dibenarkan pulang bagi mengelakkan tekanan perasaan yang berterusan berdepan situasi getir ini.
Sehubungan itu kerajaan khususnya Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri dapat memberi perhatian. – SM
(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button