Politik

Kerajaan Perak masih kukuh dengan sokongan 32 ADUN – Saarani

IPOH 22 Mei – Kerajaan negeri Perak pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad masih kukuh dengan sokongan majoriti daripada 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Perkara itu dinyatakan Saarani dalam satu sidang media khas di sini pada Isnin sekali gus menolak dakwaan pimpinan pembangkang bahawa wujud gerakan menumbangkan Kerajaan Perpaduan Perak.

Pengerusi Barisan Nasional negeri itu berkata, tindakan Ketua Pembangkang, Razman Zakaria menyebut kononnya terdapat beberapa ADUN kerajaan bertemunya hanya untuk mewujudkan persepsi negatif.

“Saya dan rakan-rakan Exco serta barisan ADUN sebulat suara menyatakan komitmen untuk mendukung kestabilan dalam kerajaan sekaligus menafikan usaha menjatuhkan kerajaan sedia ada,” katanya.

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button