Politik

Daripada UMNO, Terbitlah Bersatu, Pejuang & Warisan Sebagai ‘Lubuk’

Terpaksa diakui, ramai pemimpin UMNO yang telah meninggalkan UMNO sehingga terbitnya Bersatu, Pejuang dan Warisan dan mereka ini berpatah arang, berkerat rotan dengan UMNO.

Dedah Mohamad Hasan yang merupakan Timbalan Presiden UMNO, yang kekal dalam UMNO pula, sewaktu UMNO kalah, ada yang menjauhkan diri dan ada yang berputus harap.

“Baru diuji dengan sebuah kekalahan sudah seperti kehilangan akal. Kalau dahulu, bergolok bergadai ingin ke hadapan memimpin.

“Bila UMNO tewas, ada pemimpin kanan yang memberi alasan ingin berehat dan ada yang melompat ke parti lawan dengan alasan paling jijik dan meloyakan.

“Kini, bila UMNO semakin diterima kembali oleh orang Melayu, mereka kembali muncul seolah-olah mereka benteng ketahanan UMNO selama ini.

“Kerana golongan oportunis sebeginilah, UMNO akan terus berhadapan dengan krisis meyakinkan rakyat tentang wibawa dan iltizamnya untuk berubah dan mendakap islah,” katanya.

Mohamad Hasan berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Mohamad Hasan turut menyifatkan landskap politik Malaysia hari ini memiliki terlalu banyak angkubah atau variables sehingga perhitungan kemenangan menjadi sangat sukar.

“Contohnya, kita harus mengurus generasi millineal, dan hingga sekarang belum ada petanda jelas bahawa UMNO telah meyakinkan mereka.

“Kita tidak boleh sekadar memberi tahu mereka bahawa UMNO ini parti terbesar, UMNO ini pejuang kemerdekaan, UMNO ini pendiri bangsa, UMNO ini pembela Melayu. UMNO itu dan UMNO ini.

“Percayalah, mereka tidak akan dengar. Sekali pun mereka dengar, ia tidak akan menarik perhatian mereka untuk menyertai kita. Kita perlu sentuhan baharu, cara baharu dan imaginasi baharu.

“Apatah lagi dengan kemenangan sulung MUDA di Johor beberapa hari lepas. Penembusan ini wajar menjadi ingatan penting untuk kita terus menyantuni golongan milineal,” katanya.

Mohamad Hasan juga berpendapat, UMNO harus mengurus harapan orang Melayu yang semakin ‘sosphiticated’ hasil urbanisasi dan modenisasi.

“Orang Melayu hari ini sudah jauh berubah dan berbeza berbanding 2-3 dekad yang lalu. Semua ini adalah cabaran nyata yang UMNO mesti uruskan jika kemenangan adalah sasaran kita,” katanya.

(Visited 271 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button