Politik

UMNO bukan pembuat dasar kerajaan PN, tidak salah bangkit isu rakyat

UMNO bukan pembuat dasar dalam Kerajaan Perikatan Nasional dan menteri UMNO juga tidak boleh membuat keputusan atau dasar secara individu.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid menjelaskan perkara itu berikutan serangan propaganda terhadap UMNO bahawa parti pimpinannya itu tidak sepatutnya mempersoalkan dasar-dasar kerajaan Perikatan Nasional secara terbuka di media sosial.

Menurutnya, alasan yang dilemparkan oleh pengkritik tersebut bahawa UMNO tidak sepatutnya mengkritik kerajaan PN kerana terdapat ahli Parlimen UMNO menyertai pentadbiran kerajaan PN termasuk sebagai anggota Kabinet.

“Benar segelintir ahli Parlimennya menganggotai kerajaan PN, namun saya percaya mereka tidak boleh membuat keputusan atau dasar secara individu.

“Walaupun mereka maklum apa-apa isu dibangkitkan UMNO, sebarang ketetapan masih perlu dibuat melalui kerajaan PN yang didominasi pimpinan parti lain,” jelas Ahmad Zahid.

Ahmad Zahir berkata, terdapat tiga faktor yang menjadikan bukan suatu kesalahan atau halangan untuk UMNO terus membangkitkan isu berkait kepentingan rakyat dan negara.

Faktor pertama kerana kerajaan yang mentadbir negara adalah kerajaan PN dan bukan kerajaan Barisan Nasional (BN) atau Muafakat Nasional (MN).

Faktor Kedua, UMNO bukan sebahagian kerajaan PN dan UMNO cuma menyokong pembentukan kerajaan PN.

Faktor ketiga, media sosial antara platform UMNO untuk menyuarakan permasalahan rakyat dan negara terutama pada waktu Parlimen terus digantung.

“Justeru, media sosial sebagai saluran UMNO yang seterusnya dalam usaha menyampaikan mesej rakyat kepada kerajaan secara lebih jelas – ‘direct sound’.

“Lagipun memang menjadi tanggungjawab UMNO parti keramat agama, bangsa dan negara mengetengahkan segala isu yang memanfaatkan rakyat dan negara.

“Kesimpulannya, UMNO bukanlah lagi pembuat dasar seperti sebelum PRU14. Jika BN masih mentadbir negara, UMNO boleh terus mengambil tindakan seeloknyaa,” katanya.

Ahmad Zahir berkata, sekiranya rakyat kembali memberikan kepercayaan kepada UMNO dan BN untuk mentadbir negara pada PRU-15 segala pengalaman Kerajaan PN akan dijadikan teladan.-SM

 

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button